Alhamdulillah syukur kerana hari ini ALLAH masih memberi ana
kekuatan dan nikmat kesihatan untuk mengisi blog ana yang kosong ini…Terima
kasih buat sahabat-sahabat yang sudi membaca entry ana ini…
Hari ini ana akan berkongsi sedikit cerita yang InsyaALLAH
menarik bagi ana untuk di kongsikan…Alhamdulillah ALLAH telah memberi ana
kesempatan untuk merasai kehidupan di alam kampus.kehidupan di alam kampus tidaklah seindah dan seburuk yang kita
pikirkan..kadang kala kita kita akan merasa seronok dan kadang kala ujian juga
akan melanda kita…Kita semuanya di dunia ini indah…Apabila kita telah merasa
keseronokan hidup ALLAH pasti akan mendatangkan musibah atau ujian untuk
kita…Ujian yang diberikan kepada kita dariNYA adalah merupakan bukti bahawa
ALLAH itu sayang dan ALLAH..Ujian itu juga merupakan teguran dari ALLAH mungkin
selama ini kita tidak pernah dekat dan ingat kepadaNYA..ALLAH rindu dan ingin
mendengar rintihan daripada hamba-hamba nya…
Teringat ana nasihat dari seorang sahabat ana…”Syifa jangan
pernah merasa terbeban dengan ujian yang kamu hadapi sekarang..bersabarlah dan
kuatakanlah semangat melalui semua ini..sebenarnya ALLAH ingin mendengar dan
merindui rintihan darimu..ALLAH mahu kamu sedar bahwa DIA sayangkan kamu..ALLAH
tahu kamu mampu dan kuat untuk melalui semua ujian ini..mungkin kalau kami yang
di beri ujian seperti ini kami akan lebih jatuh dan lagi lemah berbanding
keadaan mu sekarang..Setiap hambaNYA akan diuji dengan ujian yang
berbeza..Inilah ujian untuk mu..”Sambil memengan erat tangan syifa…
“Tapi umairah…Syifa tidak sanggup dah melalui semua ujian
ini..ujian ni membuatkan Syifa rasa malu dan terbeban..Syifa malu dengan semua
sahabat-sahabat kita dan Syifa tidak mahu menyusahkan kamu.Syifa ingin pergi
jauh dari kamu semua.Syifa tidak mahu lagi rapat dengan kamu.Pergi tinggalkan
Syifa sorang-sorang”…Kata Syifa yang tengah dalam keadaan penuh emosi…Syifa
terus mengalirkan air mata yang sangat deras.
“Apa yang perlu Syifa hendak malukan???semua orang risaukan
dan sedang mencari jalan untuk membantu mu.semua orang faham dengan maslah mu
ini.mereka pun kasih melihat keadaan kamu sekarang.Jangan pernah tinggalkan
kami Syifa.Kalau kamu tinggalkan kami lagi lah kamu akan merasa lemah dan tiada
kekuataan.Kamu tidak sedarkah kekuataan kamu sekarang ada pada sahabat-sahabat
kita.Syifa mahu lihat ukhuwah yang selama ini kita bina hancur hanya kerana
semua ini.Bukan senang kita bina ukhuwah ne.Pelbagai cabaran yang kita suda
lalui bersama.Jangan biarkan ukhuwah yang kita bina hancur..tolong la
Syifa”…Kata Umairah sambil memeluk syifa.
Di kampus Syifa menyertai sebuah organisasi..Di dalam
organisasi ini lah Syifa kenal dengan sahabat Syifa ini,Umairah.Dialog kami
terhenti apabila laungan azan waktu asar berkumandang.Umairah mengajak syifa
untuk menunaikan solat asar.Namun Syifa ingin menenangkan diri terlebih dahulu
sebelum menunaikan solat asar.Laungan azan itu juga lah yang membuatkan hati
Syifa merasa tenang dan emosi Syifa yang tadinya sangat tidak terkawal.Laungan
azan itulah pengubat segala kekacauan emosi Syifa.Setelah emosi dan keadaan
Syifa tenang.Syifa terus ke bilik wudhuk untuk mengambil wudhu dan kemudiannya
terus menunaikan solat asar.Dalam solat Syifa menemui lagi ketenangan.Segala-galanya kembali terkawal.
Usai mengerjakan solat asar..Syifa terus membelek sebuah
Majalah iaitu Majalah AL-Ustaz.Tiba-tiba Syifa terbelek tulisan dari ustaz Don
yang mana menceritakan “KEHEBATAN DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH”….Syifa
merasa ingin tahu kehebatan dua ayat yang di maksudkan itu.Syifa terus
mengambil Terjemahaan Al-Quraan comel yang berwarna pink milik Syifa.
Maksud ayat 285 dan 286
[Al
baqarah Ayat : 285]
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada
Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya.
(katanya): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari
Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan
keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali."
[Al baqarah Ayat : 286]
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada
kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum yang kafir"
Usai membaca maksud dua ayat tersebut.Air mata syifa terus
menitis, syifa merasa sangat berdosa kerana syifa merasa terbeban dengan ujian
yang ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang berikan kepada syifa.Dalam
tangisan itu juga Syifa turut merasa gembira kerana akhirnya Syifa menemukan
jawapan yang selama ini Syifa tercari-cari.Alhamdulillah rupa-rupanya ada
benarnya apa yang sahabat Syifa,Umairah katakana sebentar tadi.Hanya ungkapan
“ALHAMDULILLAH” sahaja yang mampu syifa ungkapkan.Rupa-rupanya segala persoalan
kita ada jawapannya di dalam kalam suci yang merupakan ayat-ayat cinta daripada
ALLAH iaitu AL-QURAN…Dalam keadaan tidak sedar.syifa tertidur dengan keadaan
bertelekung dan memeluk terjemahaan Al-Quran yang comel milik syifa..


No comments:
Post a Comment