Saturday, 24 November 2012

Pabila dirimu teruji....



Alhamdulillah syukur kerana hari ini ALLAH masih memberi ana kekuatan dan nikmat kesihatan untuk mengisi blog ana yang kosong ini…Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi membaca entry ana ini…

Hari ini ana akan berkongsi sedikit cerita yang InsyaALLAH menarik bagi ana untuk di kongsikan…Alhamdulillah ALLAH telah memberi ana kesempatan untuk merasai kehidupan di alam kampus.kehidupan di alam kampus  tidaklah seindah dan seburuk yang kita pikirkan..kadang kala kita kita akan merasa seronok dan kadang kala ujian juga akan melanda kita…Kita semuanya di dunia ini indah…Apabila kita telah merasa keseronokan hidup ALLAH pasti akan mendatangkan musibah atau ujian untuk kita…Ujian yang diberikan kepada kita dariNYA adalah merupakan bukti bahawa ALLAH itu sayang dan ALLAH..Ujian itu juga merupakan teguran dari ALLAH mungkin selama ini kita tidak pernah dekat dan ingat kepadaNYA..ALLAH rindu dan ingin mendengar rintihan daripada hamba-hamba nya…



Teringat ana nasihat dari seorang sahabat ana…”Syifa jangan pernah merasa terbeban dengan ujian yang kamu hadapi sekarang..bersabarlah dan kuatakanlah semangat melalui semua ini..sebenarnya ALLAH ingin mendengar dan merindui rintihan darimu..ALLAH mahu kamu sedar bahwa DIA sayangkan kamu..ALLAH tahu kamu mampu dan kuat untuk melalui semua ujian ini..mungkin kalau kami yang di beri ujian seperti ini kami akan lebih jatuh dan lagi lemah berbanding keadaan mu sekarang..Setiap hambaNYA akan diuji dengan ujian yang berbeza..Inilah ujian untuk mu..”Sambil memengan erat tangan syifa…

“Tapi umairah…Syifa tidak sanggup dah melalui semua ujian ini..ujian ni membuatkan Syifa rasa malu dan terbeban..Syifa malu dengan semua sahabat-sahabat kita dan Syifa tidak mahu menyusahkan kamu.Syifa ingin pergi jauh dari kamu semua.Syifa tidak mahu lagi rapat dengan kamu.Pergi tinggalkan Syifa sorang-sorang”…Kata Syifa yang tengah dalam keadaan penuh emosi…Syifa terus mengalirkan air mata yang sangat deras.

“Apa yang perlu Syifa hendak malukan???semua orang risaukan dan sedang mencari jalan untuk membantu mu.semua orang faham dengan maslah mu ini.mereka pun kasih melihat keadaan kamu sekarang.Jangan pernah tinggalkan kami Syifa.Kalau kamu tinggalkan kami lagi lah kamu akan merasa lemah dan tiada kekuataan.Kamu tidak sedarkah kekuataan kamu sekarang ada pada sahabat-sahabat kita.Syifa mahu lihat ukhuwah yang selama ini kita bina hancur hanya kerana semua ini.Bukan senang kita bina ukhuwah ne.Pelbagai cabaran yang kita suda lalui bersama.Jangan biarkan ukhuwah yang kita bina hancur..tolong la Syifa”…Kata Umairah sambil memeluk syifa.


Di kampus Syifa menyertai sebuah organisasi..Di dalam organisasi ini lah Syifa kenal dengan sahabat Syifa ini,Umairah.Dialog kami terhenti apabila laungan azan waktu asar berkumandang.Umairah mengajak syifa untuk menunaikan solat asar.Namun Syifa ingin menenangkan diri terlebih dahulu sebelum menunaikan solat asar.Laungan azan itu juga lah yang membuatkan hati Syifa merasa tenang dan emosi Syifa yang tadinya sangat tidak terkawal.Laungan azan itulah pengubat segala kekacauan emosi Syifa.Setelah emosi dan keadaan Syifa tenang.Syifa terus ke bilik wudhuk untuk mengambil wudhu dan kemudiannya terus menunaikan solat asar.Dalam solat Syifa menemui lagi  ketenangan.Segala-galanya kembali terkawal.
Usai mengerjakan solat asar..Syifa terus membelek sebuah Majalah iaitu Majalah AL-Ustaz.Tiba-tiba Syifa terbelek tulisan dari ustaz Don yang mana menceritakan “KEHEBATAN DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH”….Syifa merasa ingin tahu kehebatan dua ayat yang di maksudkan itu.Syifa terus mengambil Terjemahaan Al-Quraan comel yang berwarna pink milik Syifa.

 Maksud ayat 285 dan 286

[Al baqarah Ayat : 285]
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (katanya): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali."
 
[Al baqarah Ayat : 286]
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir"


Usai membaca maksud dua ayat tersebut.Air mata syifa terus menitis, syifa merasa sangat berdosa kerana syifa merasa terbeban dengan ujian yang ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang berikan kepada syifa.Dalam tangisan itu juga Syifa turut merasa gembira kerana akhirnya Syifa menemukan jawapan yang selama ini Syifa tercari-cari.Alhamdulillah rupa-rupanya ada benarnya apa yang sahabat Syifa,Umairah katakana sebentar tadi.Hanya ungkapan “ALHAMDULILLAH” sahaja yang mampu syifa ungkapkan.Rupa-rupanya segala persoalan kita ada jawapannya di dalam kalam suci yang merupakan ayat-ayat cinta daripada ALLAH iaitu AL-QURAN…Dalam keadaan tidak sedar.syifa tertidur dengan keadaan bertelekung dan memeluk terjemahaan Al-Quran yang comel milik syifa..

Thursday, 22 November 2012

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita...

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 









Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

    Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu BakaR...

    Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.Wajahnya yang tenang berubah warna.

   "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

  "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

   Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.

  Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah."Malaikat," jawab sahabat."Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

  Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi.""Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.""Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

   "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.


Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

KEMANA ARAH KITA??DEMAM KOREA??

                                           Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinya dapat juga saya mencoret sedikit di alam maya sya ini..dan tidak lupa juga selawat dan salam saya tujukan ke NABI kita iaitu Nabi MUHAMMAD S.A.W,keluarga serta para sahabat-sahabat Nabi yang telah mati syahid demi memperjuangkan agama suci kita ini...Apa khbar semua sahabatku??hari ini sya ingin membawa sedikit pengisian bukan sahaja untuk kalian semua tetapi peringatan juga untuk diri saya sendiri yang lemah ini...semoga apa yang saya kongsikan pada hari ini mampu memberi manfaat kepada kalian semua..Insya-ALLAH...maaf sekiranya ada yang terasa ok...







FENOMENA HERO DAN HEROIN KOREA MENGHANTUI REMAJA MALAYSIA KETIKA INI.BERASNYA ARUS GELOMBANG K-POP SEHINGGA NEGARA KITA TERPANGGIL UNTUK MENGUNDANG  ARTIS  DARI NEGARA KOREA MENGADAKAN  KONSERT MEREKA.KEGILAAN REMAJA PADA KECANTIKAN HEROIN KOREA BERSAMA KASUT BUT YANG DIPAKAI  MEREKA MEMBUATAKAN TERPEKIKNYA SESIAPA YANG MELIHAT.KETAMPANAN HERO YANG TINGGI LAMPAI BERWAJAH COMEL BERJAYA MENGUGGAT HAT-HATI WANITA TEMPATAN



               Ditambah pula jalan cerita drama korea yang mempunyai taring tersendiri.entah berapa ramai menggugurkan air mata ketika menyaksikan terpisahnya hero dan heroin.diselit pula dengan lawak spontan serta kombinasi watak manja dan kasar oleh heroin.disambut baik pula oleh maskulin idaman semua wanita.
Nama-nama seperti Goo Jun Pyo.Jeon Jin Ho,Lee Min Hood an ramai lagi menjadi bualan anak muda kita.malah dalam sedar atau tidak ia juga meragut jiwa-jiwa yang selama ini berpegang teguh dengan kehidupan Islamik mereka.Walaupun bertudung litup sekalipun tidak terlepas daripada tergugat dengan pasangan penangan aura dunia “kollywood”..

               Kegilaan ini jika dilihat secara majoritinya lebih diminati golongan wanita.Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan komputer,namun  kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita.malah ada sebahagian wanita yang memuja meraka dengan memenuhkan semua  gambar artis korea mereka di muka depan Facebook dan Twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik rumah.
Ada segelintir wanita apabila ditanya mengapa mereka sukakan drama korea.lalu dijawab,”kami teruja dengan ketampanan hero mereka!”Bila ditanya pula,bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki yang tampan?jawapan yand diterima ialah.”Kami wanita tiada masalah bila melihat lelaki,berbanding lelaki yang diwajibkan menundukkan pandangan kerana mereka lebih terdedah kepada godaan bila melihat wanita”.

      



               
              Benarkah kenyataan demikian?adakah benar ia bertepatan dengan agama.mari kita koreksi semula dari sumber agama.Memang benar ayat suruhan untuk menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur ayat ke 30.Namun jangan kita terlupa akan sambungan ayat berikutnya yang mana ALLAH menyuruh agar wanita juga perlu menundukkan pandangan mereka.
Ini jelas terbukti bahawa tidak dibezakan antara lelaki dan wanita.dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud.”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).dan memelihara kehormatan mereka.

            Ayat yang telah diberitakan kepada kita ini telah menyangkal dakwaan kononnya ‘wanita tidak mengapa.tetapi lelaki  tidak  boleh’.sudah semestinya dakwaan bahawa  ‘wanita  tidak tergoda jika melihat lelaki’ juga sama sekali tertolak.Secara tidak langsung Al-Quran menjawab kepada kita tanpa membezakan gender dengan suatu keputusan bahawa “lelaki dan wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan mereka.
Sejarah lalu mungkin boleh menguatkan dakwaan ini.Terlupakah kita kisah Nabi Yusuf a.s. bersama wanita yang mengodanya?Ketika Nabi yusuf a.s. melihat wanita tersebut yang sangat rupawan,lalu beliau langsung  tidak terpengaruh untuk terus melayang perasaan melihat wanita tersebut.bahkan hatinya mula melupakan wanita tersebut.

             Berbeza pula kepada wanita yang menggoda Nabi Yusuf  a.s. wanita itu melihat Nabi Yusuf a.sa dengan penuh perhatian.Ketampanan Nabi Yusuf a.s. memukau kelopak mata daripada terus berkelip.Akhirnya ,dengan pandangan seorang wanita munculnya keinginan syahwat yang meledakkan nafsu sehingga terkoyak belakang baju Nabi Yusuf a.s.

           Bukankah ini terbukti wanita juga mampu tergoda dengan kuasa mata?tidak dinafikan memang benar mata lelaki itu lebih pantas impulsnya.namun,unutk menafikan wanita tidak tergugat dengan sekali pandang belum tentu jaminannya.Artikel ini bukanlah menggesa semua wanita secara terus menukar “wallpaper” dan profil di facebook dan Twitter dengan gambar pokok atau batu semata-mata.Bukan juga mengharamkan kita semua daripada terus meminati artis korea pujaan kita.Tetapi ia sekadar renungan bahawa mata itu satu energy pembawa gelora.Tanpa membezakan sebarang jantina.

KESIMPULAANNYA

Ayuh bersama meminati ibu dan ayah kita.Merekalah sebebnrnya hero dan heroin kita sepanjang zaman.Kisah drama kehidupan mereka memelihara kita lebih hebat dalam menggugurkan air mata.Tanpa perlu berhadapan dangan komputer,wajah  “box office” mereka sahaja sudah mampu membasahi pipi kita.


waaullahualam....

Terima kasih wahai Sahabatku....

                                         Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah...tiada lafaz yg indah selain lafaz "ALAHAMDULILLAH" yang dapat ku ucapkan kerana dengan izin NYA akhirnya ana dapat m'nerbitakn blog ini...tanpa nikmat tangan daripada NYA tidak dapat ana menaip tuk m'buat entry yang pertama sekali...Selawat dan salam buat jungjungan besar Nabi kita iaitu Nabi MUHAMMAD S.A.W  keluarga serta sahabat-sahabatnya yang telah bersusah payah menegakkan ISLAM...Tanpa mereka kita tidak akan merasa kemanisan dan kenikmatan ISLAM...


 Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat SAHABAT dunia dn akhirat ku yang telah diberi gelaran Muliatiz Kibtiyah @ Nurul Husna...Alhamdulillah tanpa beliau tidak akan wujud blog ini dan tanpa dorongan beliau ana tidak akan ada kekuatan untuk membuat entry dalam blog ini...Tanpa mu ku tidak akan mengenal apa ini blogger...Ingin sahaja rasanya membalas jasa baiknya namun ku hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabatku....


Engkau bukan sahaja seorang yang bergelar sahabat  atau teman malah kau juga adalah sahabat seperjuangan ku yang bersama-sama ku menyebarkan Islam..engkau mengajar ku erti perjuangan dan engkau jugalah yang membawa ku ke jalan yang benar..Tika ku mula lalai engkau la yang memimpin ku ke jalan yang benar...Tanpa mu ku tidak akan menjadi seperti ini yang mula mengenal Islam.Tanpa mu aku tidak akan mengenal erti manis nya nikmat Islam yang sebenar-benarnya....





Wahai sahabatku...
Di saat aku kesorangan kau lah yang menemani ku....
Di saat aku jatuh kau lah yang membangunkan aku....
Di Saat aku terleka dengan kesoronokan dunia,kaulah yang menyedarkan ku...
Di saat aku dalam kegelapan,kaulah yang menerangiku...


Wahai Sahabatku....
Di saat aku dalam kesedihan,kaulah yang menghiburkanku..
Di saat aku memerlukan bantuan,kaulah yang sering hadir unutk membantuku...
Di saat aku mula menjauh darimu,malah kau pula yang menghampiriku...
Di saat aku sakit,kau hadir sebagai pengubat untukku...


Wahai Sahabatku...
Di saat  aku gembira,kaulah yang sentiasa berada bersamaku...
Di saat aku lemah kaulah pemberi semangat untukku...
Di saat ku dalam ketakutan,kau hadir untuk menemaniku.....
Di saat ku dalam aku merinduimu,kaulah akan mengirim doa untukku di dalam sujudmu....



Buat Sahabatku yang ku sayangi kerana ALLAH..Tidak ada apa yang dapat kuberikan untukmu..
Hanya dengan tulisan ku ini sahaja yang mampu ku berikan untukmu sebagai tanda terima kasih ku kepada mu...Di harap dengan tulisan ku ini kau mampu memahami dan membaca apa yang cuba dan ingin ku sampaikan kepada mu...Mungkin tulisan ku ini tidak seindah dan secantik bahasa novel yang pernah kau baca..Namun ini sahaja la yang mampu ku buat...Ini smua adalah hasil yang lahir dari hatiku sendiri...






Buat Sahabatku....
Kau adalah orang yang selalu di hatiku...
Kau begitu dalam menusuk dalam kehidupan Ku...
dan aku tidak mahu kehilangan mu...
Kau bagaikan darah nadi ku dan sumber nafasku...
kerana kau adalah sahabat sejatiku...
Aku ingin menyimpan mu sehingga akhir hayatku....


 Buat Sahabatku...
Kau bagaikan ubat,yang menyembuhkan luka dihatiku...
kau bagaikan air hujan yang sentiasa membasahiku...
Kau bagaikan irama dan lagu.yang sentiasa buatku selalu rindu padamu...


Buat Sahabatku...
Kau bagaikan panorama,yang membuatku bahagia dan berguna..
Kau bagaikan lilin,yang sanggup hancur demi menerangiku...
Kau bagaikan kain lap,yang akan menghapus duka dan laraku....



 **Sory sahabatku..tak dapat maw edit gmbar kita...sory sebab x guna gmbar kartun yang berbaju clour orange...