Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinya dapat juga saya mencoret sedikit di alam maya sya ini..dan tidak lupa juga selawat dan salam saya tujukan ke NABI kita iaitu Nabi MUHAMMAD S.A.W,keluarga serta para sahabat-sahabat Nabi yang telah mati syahid demi memperjuangkan agama suci kita ini...Apa khbar semua sahabatku??hari ini sya ingin membawa sedikit pengisian bukan sahaja untuk kalian semua tetapi peringatan juga untuk diri saya sendiri yang lemah ini...semoga apa yang saya kongsikan pada hari ini mampu memberi manfaat kepada kalian semua..Insya-ALLAH...maaf sekiranya ada yang terasa ok...
FENOMENA HERO DAN HEROIN KOREA MENGHANTUI REMAJA MALAYSIA KETIKA INI.BERASNYA ARUS GELOMBANG K-POP SEHINGGA NEGARA KITA TERPANGGIL UNTUK MENGUNDANG ARTIS DARI NEGARA KOREA MENGADAKAN KONSERT MEREKA.KEGILAAN REMAJA PADA KECANTIKAN HEROIN KOREA BERSAMA KASUT BUT YANG DIPAKAI MEREKA MEMBUATAKAN TERPEKIKNYA SESIAPA YANG MELIHAT.KETAMPANAN HERO YANG TINGGI LAMPAI BERWAJAH COMEL BERJAYA MENGUGGAT HAT-HATI WANITA TEMPATAN
Ditambah pula jalan cerita drama korea yang mempunyai
taring tersendiri.entah berapa ramai menggugurkan air mata ketika
menyaksikan terpisahnya hero dan heroin.diselit pula dengan lawak
spontan serta kombinasi watak manja dan kasar oleh heroin.disambut baik
pula oleh maskulin idaman semua wanita.
Nama-nama
seperti Goo Jun Pyo.Jeon Jin Ho,Lee Min Hood an ramai lagi menjadi
bualan anak muda kita.malah dalam sedar atau tidak ia juga meragut
jiwa-jiwa yang selama ini berpegang teguh dengan kehidupan Islamik
mereka.Walaupun bertudung litup sekalipun tidak terlepas daripada
tergugat dengan pasangan penangan aura dunia “kollywood”..
Kegilaan
ini jika dilihat secara majoritinya lebih diminati golongan
wanita.Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut
mengusap air mata dengan tisu di hadapan komputer,namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita.malah ada sebahagian wanita yang memuja meraka dengan memenuhkan semua gambar artis korea mereka di muka depan Facebook dan Twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik rumah.
Ada
segelintir wanita apabila ditanya mengapa mereka sukakan drama
korea.lalu dijawab,”kami teruja dengan ketampanan hero mereka!”Bila
ditanya pula,bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat
lelaki yang tampan?jawapan yand diterima ialah.”Kami wanita tiada
masalah bila melihat lelaki,berbanding lelaki yang diwajibkan
menundukkan pandangan kerana mereka lebih terdedah kepada godaan bila
melihat wanita”.
Benarkah kenyataan demikian?adakah benar ia bertepatan
dengan agama.mari kita koreksi semula dari sumber agama.Memang benar
ayat suruhan untuk menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki
pada surah an-Nur ayat ke 30.Namun jangan kita terlupa akan sambungan
ayat berikutnya yang mana ALLAH menyuruh agar wanita juga perlu
menundukkan pandangan mereka.
Ini
jelas terbukti bahawa tidak dibezakan antara lelaki dan wanita.dalam
surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud.”Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram).dan memelihara kehormatan mereka.
Ayat yang telah diberitakan kepada kita ini telah menyangkal
dakwaan kononnya ‘wanita tidak mengapa.tetapi lelaki tidak
boleh’.sudah semestinya dakwaan bahawa ‘wanita tidak tergoda jika
melihat lelaki’ juga sama sekali tertolak.Secara tidak langsung Al-Quran
menjawab kepada kita tanpa membezakan gender dengan suatu keputusan
bahawa “lelaki dan wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan
mereka.
Sejarah
lalu mungkin boleh menguatkan dakwaan ini.Terlupakah kita kisah Nabi
Yusuf a.s. bersama wanita yang mengodanya?Ketika Nabi yusuf a.s. melihat
wanita tersebut yang sangat rupawan,lalu beliau langsung tidak
terpengaruh untuk terus melayang perasaan melihat wanita tersebut.bahkan
hatinya mula melupakan wanita tersebut.
Berbeza pula kepada wanita yang menggoda Nabi Yusuf a.s.
wanita itu melihat Nabi Yusuf a.sa dengan penuh perhatian.Ketampanan
Nabi Yusuf a.s. memukau kelopak mata daripada terus berkelip.Akhirnya
,dengan pandangan seorang wanita munculnya keinginan syahwat yang
meledakkan nafsu sehingga terkoyak belakang baju Nabi Yusuf a.s.
Bukankah ini terbukti wanita juga mampu tergoda dengan kuasa
mata?tidak dinafikan memang benar mata lelaki itu lebih pantas
impulsnya.namun,unutk menafikan wanita tidak tergugat dengan sekali
pandang belum tentu jaminannya.Artikel ini bukanlah menggesa semua
wanita secara terus menukar “wallpaper” dan profil di facebook dan
Twitter dengan gambar pokok atau batu semata-mata.Bukan juga
mengharamkan kita semua daripada terus meminati artis korea pujaan
kita.Tetapi ia sekadar renungan bahawa mata itu satu energy pembawa
gelora.Tanpa membezakan sebarang jantina.
KESIMPULAANNYA
Ayuh
bersama meminati ibu dan ayah kita.Merekalah sebebnrnya hero dan heroin
kita sepanjang zaman.Kisah drama kehidupan mereka memelihara kita lebih
hebat dalam menggugurkan air mata.Tanpa perlu berhadapan dangan
komputer,wajah “box office” mereka sahaja sudah mampu membasahi pipi
kita.
waaullahualam....



No comments:
Post a Comment